Powered By Blogger

Wednesday, 31 July 2013

Selalu ingat Allah tak kira susah atau senang :)

Hi and assalamualaikum semuaa :) rasa nak update blog lagi sebab blog ni lebih kurang macam diari kita, tempat luah perasan semua update kat blig sekarang. Tak de dah guna diary diary lagi, sebab penat nak menulis. Blog ni kita type je, hehhehe :p

Okay tu dah macam lari topic je, dah dah dah, lets back to our topic. Okay everyone ada hajat masing masing yang dorang nakkan. Korang kalau ada hajat korang berdoa dekat siapa? Dekat siapa lagi kan mesti dekat Allah S.W.T. Sebab hanya Allah sahaja yang boleh tolong kita bila kita ada apa apa masalah. Kita doa dengan ikhlas, jangan sebab korang fikir korang nak benda yang korqng nak tu dengan doa je korang boelh dapat. Kena ada usaha sendiri jugak :) and jangan pulak lepas korang dah dapat benda yang korang hajatkan tu korang lupa Allah. Ingat Allah yang makbulkan doa kirang tu :)

So jangan time korang susah je korang ingat Allah, time korang senang pon kena selalu ingat Allah. Senang kata sentiasa ingat Allah :) sesetengah orang yang baca ni mesti dalam hati cakap *bajet ustaz pulak kau. Semua orang tak perfect so tak salahkan kita saling ingat mengingati, hiraukan apa orang nak cakap :) *typical malay

And i hope apa yang i hajatkan akan termakbul, amin :)

Pray for my grandpa :(

Hi and assalamualaikum semua :) sorry sebab jarang update blog sekarang sebab my grandpa sakit :(

Hari tu dia masuk hospital sebab dia sakit sangat and datanglah hospital untuk melawat dia, tiap kali kitaorang datang dia macam kenal tak kenal, sometimes dia ingat sometimes tak. Lepas tu dia cakap yang nenek panggil dia(arweh nenek). Masa tu semua dah rasa lain, tapi sekrang dia dah keluar dari hospital and ada dekat rumah but condition dia sedikit baik. Apa apa pun sentiasa doakan yang terbaik untuk my grandpa, amin :)


Monday, 29 July 2013

10 malam terakhir ramdahan(malam lailatul qadar)

Hi and assalamualaikum semuaaa :) bertemu kita kembali dalam rancangann bolg ezatttt :p hahahahha. So kita straight ke tajuk kita terus ye :p

Sekarang ni dah 10 terakhir ramdahan, korang tau tak apa maksudnya? Maksudnya dalam 10 makam terakhir ramadhan ni salah satu daripada 10 malam terakhir ni ialah malam lailatul qadar. Siapa yang dapat memang bertuah, so rajin rajinlah pergi sembahyang terawih dekat masjid sebab mana tau kirang dapat ke kan. Kalau dapat kira bersyukurlah sebab bukan senang nak dapat malam lailatul qadar ni....

Sebenarnya banyak keistimewaan malam lailatul qadar ni..... Korang nak tau apa dia tak? Meh baca blog ni, heheheh :p

Pada malam-malam 10 Terakhir inilah sangat besar kemungkinan salah satu di antaranya adalah malam Lailatur Qadar. Suatu malam penuh barakah yang lebih baik daripada seribu bulan.,...

“Barangsiapa menegakkan shalat pada malam Lailatul Qadr atas dorongan iman dan mengharap balasan (dari Allah), diampunilah dosa-dosanya yang telah lalu”.....

Sebenarnya banyak lagi keistimewaan malam lailatul qadar ni. Korang nak tau dengan lebih lanjut tak? Kalau nak tau lebih lanjut klik link ni http://kanzunqalam.wordpress.com/2013/07/27/malam-lailatul-qadar-terbukanya-pintu-alam-malakut/....... Dekat situ korang boleh baca semua :) 

So jomlah kita tingkatkan amal ibadat kita, sama sama kita pergi dapatkan lailatul qadar ni :) tapi lepas dah dapat tu jangan iman tak konsisten pulak" kena maintain je okayy....

Sunday, 28 July 2013

world largest capsule vending machine :)

hi again and assalamualaikum :) hari ni 2 entry sekali post, hahah. tak pelah alang alang tengah rajin on dekat laptop ni, update je lah. senang sikit nak masuk gambar and video, heheeh... kalau dekat ipad tak boleh :(

okay kita straight terus ke tajuk entry kita iaitu world largest capsule vending machine :) selalu korang tengok yang kecik je kan, yang macm ni kan....

vending machine(capsule)

tapi kalau korang pergi times square korang dapat tengok yang besar punyaaaa, memang besar gila lah, macam macam ada dalam tu.... ni haaa besar diaaa

besar kannnn, kalau nak tengok live pergi ts

actually benda ni korang boleh dapatkan capsule dalam tu dia bukak pukul 5 petang, hahhaa. sambil boleh main capsule tu korang boleh dapat voucher dengan hanya tangkap gambar vending machine ni letak dekat instagram dengan hashtag yang dia bagi. simple jekan lepas tu korang boleh pilih voucher mana korang nak, hahah. nak prmote sikit, followlah my insta @ezathashim .....

okaylah bye and jangan lupa kalau nak tengok live pergi times square :)

my very first time doing archery :)

hi and assalamualikum semua :) bagaimana hari anda semua? okayyy? kalau okay bagus lah, hehhe. okay entry hari ni pasal memanah. ni pon baru balik dari memanah ni. okay tanpa buang masa jom kita start bercerita, hahahah....

hari ni pergi times square sebab nak main archery, kedai dia baru bukak kat level 5 dekat dekat dengan mcd and sushi king. first first masuk kedai tu tiba tiba exciteddddd sebab nak memanah, hahaha *maklumlah first time katanya :p so masuk masuk je kedai tu kitaorang terus pergi kaunter tanya berapa harga semua and bla bla bla lahh.... lepas dah buat discussion macam ala ala discussion group assignment tu kitaorang pon capai kata sepakat ambik yang paling mahal sekali sebab banyak arrow *not trying to brag, peacee.... ada 150 arrow so kitaorang pon bahagikan lah arrow tu untuk setiap orang. tak mahal pon, only rm72 sahaja :)

lepas dah bayar tu dia letak lah benda kat tangan kiri and kanan untuk main archery tu masa tu lagilah bertambah excitednyaaaa... sebab ada benda kat tangan. lepas dah siap siap letak benda tu kat tangan dorang pon bawak kitaorang dekat gelanggang archery tu, masa tu belum pegang lagi alat memanah tu. sampai sampai je dekat gelanggang tu dia ajar cara kita berdiri and cara pegang alat tu and cara cara memanah. masa first first memanah tu best sebab dapat kat tengah tengah *nasib je tuuu :P tapiiiiiiiiiiiiiiiii.... tak sampai lagi anak panah yang ke 10 dah nak give up, penat gilaaaa main archery ni. dengan lenguhnya, dengan sakit tangannya, masa tu semua dah hilang keexcitedtan masing masing, hahaha keexcitedtan pon boleh :p

so lepas ni memang tak nak main dah archery, hahaah. ingat best but it was okay lah not bad jugak. so siapa siapa yang nak main archery tu boelh pergi times square level 5. ni nak kongsi gambar sikit, sikit je tak banyak sebab tak de masa nak tangkap gambar dengan sakit tangannya, hahhaha

ni yang kitaorang memanah, hahhaha.... tak terror pon



ni gelagat masing masing masa nak memanah, haha. masa ni saya dah quit awal awal dah :p

tu je gambar yang sempat ambik, hahahah. sebelum nak pergi main ni nah tengok video ni cara cara nak memanah, nanti tak delah sakit tangan :) enjoy semuaaaa, byeee .......


Friday, 26 July 2013

Berbuka di JW marriot and had fun

Hi and assalamualaikum semua :) apa khabarrrr? Sihatttt? Kalau sihat bagus, kalau tak sihat pergi klinik jumpa doctor ambik ubat, lepas tu makan ubat tu ye :)

Hari ni pergi berbuka dekat jw marriot, oerghhhhh memang Best gilaaaaaa lahhhh. Memang berbaloi dengan harga yang di bayar. Satu kepala cuma rm75 campur tax semua rm85, macam macam adaaaaa, sedap dia hingga menjilat pinggan :p. menu dia semua best best, dia ounya menu ada 130 hidangan, ada kanbing, ada yama tandiori, ayam percik, satay and many moreeeee :) kitaorang makan dekat bahagian poolside. Sambil makan sambil menikmati pemandangan yang indah :)

Part yang paling best nyaaaaa, siti nurhaliza pon berbuka kat sana jugakk. Tanbahan pulak, table dia depan kitaorang, omgggggg arghhhhhhhhhhhh *histeria kejap. Sebenarnya tak delah minat dia sangat, biasa biasa je, tapi semua orang kalau jumpa artis reaction mesti sama je, hahahahha.

Masa makan makan tu nak ambik gambar sebenarnya, tapi tak boleh sebab ramia sangat yang nak bergambar dengan dia, so the conclusion is, tak dapatlah bergambar dengan dia, so sadddd :( gambar makanan pon tak sempat nak ambik nak masuk blog ni, tapi tak pelah kalau tak ambik pon sebab nanti orang cakap siapa yang ambik gambar ni sakit mental, hahahah :p

Lepas dah habis makan, pergi tengok wayang pulak cerita despicable me 2. Cerita dia best gilaaa, even dah midnight pon ramai orang. Cerita dia yang ada minion tu yang orang sanggup beratur na dapat kan mainan dia kat mcd tu. ni ha trailer dia kaau korang tak tak tau yang mana and nak promote sekali :p

Ni trailer despicable me 2 tu.....


Nanti jangan lupa ye pergi tengok, tak rugi pon :). Okay lah bye and goodnight and last but not least selamat bersahur..

Wednesday, 24 July 2013

Prince william and kate middletons's baby :)

Hi and assalamualaikum, tak jawab dosa, kalau jawab sayanggggg ,hahahhahaha :p rasa rasa korang pernah dengar tak ayat tu? Kalau pernah dengar tepuk tangan, hahhahahah.

Okay today's entry nak talk talk about prince william and kate middleton dapat BABY..... Comel gila baby dorang, telah mana tak comel kan mak lawa ayah handsome anaknya mestilah comel macam tuany punya blog ni *syok sendiri

Some people mesti tak tau kan yang dorang dapat baby sebab tak ikut perkembangan media but kalau tak tau pon tak pe tak de masalah pon, biarlah orang nak cakap LAME ke apa ke, hahahha. Malas nak cerita panjang sebab tak tau nak cakap apa, nah korang tengoklah video ni.....

Okay bye, semoga bergembira dengan video tu :)

Monday, 22 July 2013

Quote :)

Hi and assalamualakum semua :) tajuk entry hari ni adalah quote. Apa tu quote? Quote is quotation is the repetition of one expression as part of another one, particularly when the quoted expression is well-known or explicitly attributed by citation to its original source, and it is indicated by (punctuated with) quotation marks. Haaa tulah maksud quote, quote ni ada macam macam jenis, friendship, life,love and etc. saya kalau saya boring saya suka baca quote sebabbbb, hmmm, sebab suka lahhhh :p takdelah baca quote ni sebenarnya best tau tak sebab maksud dia memang mendalam and kalau baca quote ni memang bagi kepuasan. Quote yang paling saya suka adalah quote pasal life sebab rasa tenang bila baca quote pasal life ni. Nak katakan semua quote lah saya suka sebenarnya, kalau satu hari tak bukak web pasal quote memang tak sah, hahhaa. Ni adalah quote pasal life yang palin saya suka, kejap ye nak share.... 

"You have gotta dance like there is nobody watching,
  Like you will never be hurt,
  Sing like there is nobody listening,
  And live like it is a heaven on earth."

Walaupon bagi some people quote ni biasa but to me it has a very deep meaning. So kalau saya sedih, or frust, or stress saya suka baca quote, lega hati bila baca quote ni...

Okay bye sampai sini je, esok jumpa lagi. Tatat titi tutu <3


Sunday, 21 July 2013

keunikan bazaar ramadhan :)

hi and assalamualaikum, hari ni nak cerita pasal bazaar. bazaar apa, BAZAAR RAMADHAN :)

macam yang korang baca tajuk kat atas tu kan, alahh kat atas tu ada tajuk dia. nak cerita pasal tu lah, hehehe. korang tau kenapa bazaar ramadhan ni unik? nak tau tak? kalau nak tau jom baca entry ni sampai habis, heheh. entry kali ni menarik sebab ada video, hahaha. menarik tak? tepuklah tangan sikit sebab firts time ni nak masukkan video and tibe tiba FEELING EXCITEDDD :p

okay dah dah, jom kita teruskan dengan tajuk entry ni, iaitu keeunikan bazaar ramadhan. salah satu sebab kenapa bazaar ramadhan ni ialah sebab, jeng jeng jeng *diikuti bunyi drum. sebab dia adalah sebab bazaar ramadhan ni ada di bulan ramadhan je sebab tu dia unik, hahahah. lepas tu sebab lain bazaar ramadhan ni unik ialah sebab makanan dia, makanan dia lain daripada yang lain, bukan macam makananr pasar malam meaning masa ramadhan je kita jumpa makanan tu sebab tu bazaar ramadhan ni unik.

last ut not least sebab bazaar ramadhan ni dia hari hari, hahaha. macam pasar malam dia bukan hari hari, dia macm sekali or dua kali dalam seminggu. sebenarnya banyak lagi keunikan dia tapi kalau cerita kat entry ni mesti panjang korang pon tak nak baca, kannnnn :p *penat mak jemah menaip, hehehehe. so okay byee, ehhhh jappppp, nak tengok video kan, nah tengok ni suasana kat bazaar ramadhan :)

macam ni lah suasana dekat bazaar ramadhan :)

okaylah bye semua nak pergi sembahyang terawih :)


Saturday, 20 July 2013

hari ke 12 berpuasa and berterawih

hi and assalamualaikum semuaa :) jawab ye jangan tak jawab, kalau malas nak jawab guna mulut jawab dalam hati, hahhahaha

hari ni dah hari yang ke 12 kan kite puasa, pejam celik pejam celik dah hari yang ke 12, cepatnyaaaaa. lepas tu raya tak sabarnyaaa. korang ada tinggal terawih tak? kalau ada tak pe sebab terawih ni tak wajib tapi jangan lah sampai tiap tiap hari tak pergi terawih sebab terawih ni di bulan ramadhan je, so pergilah sembahyang terawih lagi lagi 10 hari terakhir tu. so rajin rajinlah ye walaupon terawih ni tak wajib, sebab kita boleh beribadat selain tu boleh tambah pahala and paling penting tambahkan iman kita :)

tadi terawih dekat masjid al akram, hari ni tak buat sampai habis, hehehhe. lepas habis terawih tu pergi makan kat luar masjid, apa tah panggil nama tu ? tak ingat lah,hmmm. tak pe lah, ni haaa gambar dia tengoklah.....



ini gambar terawih, masa ni tak ramai orang dah sebab ramai yang tak buat sampai habis..... and ini gambar yang kita lepas terawih makan kat luar tu ataupon jamuan buka puasa....


ni kena buat higlihgt sebab sajaaaa hahahha :p macam ni lah jamuan buka puasa lepas terawih tu, lepas habis terawih tu dorang akan beratur kat luar untuk ambik makanan and makan ramai ramai. ingat tak ingat lah perkataan dia. moreh ke? tapi tak pasti lah, hmmm :/

btw sampai sini je nak cerita, best dapat makan ramai ramai lepas terawih, hehhe okay byeee :) XOXO

Friday, 19 July 2013

Iftar at masjid besi

Hi and assalamuaikum semua :) dah berapa hari dah tak update blog :/ berapa hariii, bukan baru sehari ke? Hhahha. Actually tak ada masa nak update blog+malas nak update, hihihih. Tapi apa kan day, terpaksaaa :/

Dah dah dah, stop pasal tu, ni nak cerita pasa iftar dekat masjid besi ni. Masjid besi ni dekat putrajaya, masjid dia memang cantik and best. Makanan untuk iftar pon best jugak, hehehhe. Hari ni satu family pergi iftar and sembahyang terawih kat sana. Next time rasa nak iftar lagi kat sana.

Okay lah bye tak tau dah nak cakap apa :)

Wednesday, 17 July 2013

Cuti raya ada ke tak, cuti sem ada ke tak?

Hi and assalamualaikum :)

Tak tau nak update apa dah dekat blog ni, so update je lah pasl ni :p cuti raya and cuti sem ada ke tak? Shirt sem tahun ni lain lah dari tahun lepas punya short sem. Kalau dulu punya short sem, awal bulan 8 rasanya dah exam lepas tu terus cuti sebulan and bulan 9 baru bukak sem baru(long sem). Tapi tahun ni lain pulak, tengah tengah bulan baru nak exam and 23 haribulan 8 baru habis exam, so bilakah cuti sem kitaorang?? Memang confuse lah!! Janji raya kena cuti and cuti sem sebulan kitaorang mesti ada, kalau tak de tak tau lah nak cakap apa :/

Okaylah bye and assalamualaikum and selamat bersahur :)

Monday, 15 July 2013

Esok presentation :)

Hi guys, how are you doing, gooooodddd ...... Hahahha

Esok ada presentation untuk subject  hrm, wish me luck. Ni pin baru siap lepas buat assignment, hope esok semua berjalan lancar and you know what esok kena pakai formal, hahahahah :p and esok jugak kena submit assignment, selamat dah siap awal, heheheh

Okay byeee semua and goodnight and jangan lupa bangun sahur and and and mmmmmm.... Kay hyeeee tu ke nak update :p and nak bagitau ni.post ni update guna phone selalu guna ipad

Sunday, 14 July 2013

ramadhan :)

hi guysssss, i know its kinda too late.,... to all muslims, im wishing you a happy fasting :)

puasa jangan tak puasa, hehehehehe.... 



byeee...


Sunday errgggghhhh..... :/

Topic hari ni ialah sunday or ahad? Mesti some might ask why is the title is sunday, the reason why the title is sunday is because of i have no idea what to update dekat blog ni, hahahhaha :p

So tanpa melengahkan masa lagi lets start, heheheheh. Hari ahad ni tak ramai orang yang suka sebenarnya hari ahad ni including me, nak tau tak sebab apa? Sebab esoknya dah isnin, and hari isnin dah sekolahhhh, kerjaa and ada classss so tak boleh tidur lambat, hmmmmm :(

Hari ahad ni dia dari pagi sampai petang je best, bila dah malam tu mula lah tak best sebab kita tidur awal sebab esoknya nak sekolah, ahahhaha. Betul tak? Siapa yang pendapat sama macam ni angkat tangan :p

Haishhhh dahlah esok class pagi, selamat lah ada satu class je esok dari 8.30 sampai 11.30, tapiiiii mintak mintak lah sir bagi balik awal, heheheh :p

Oaybtu je untuk hari ni, esok update kagi, byeeee :D

Saturday, 13 July 2013

Happy saturday.... :)

Tau tak hari ni hari apa? Hari ni hari sabtuuuu, yeayyyyyy...... Dalam banyak banyk hari, hari sabtu paling best sebab dapat rehat lama, dapat tidur lambat , hahahahhaah...

Hari ni hari sabtu means tak de class sebab cuti, bestnyaaaaa dapat rehat lepas 5 hari kena ulang alik pergi campus dalam keadaan yang lapar semuaa :) ni nak cerita ada order barang online hari rabu lepas, tapi barang baru sampai hari ni, pelik lah jugak sebab selalunya order hari rabu hari khamis dia post hari jumaat dah dapat,? Tapi ni sabtu baru dapat :/ lepas tu calllah pos kaju tanya sebab apa, rupa rupanya sebab dah nak raya ramai orang post barang, hahahaha. Dah takut dah mula mula sebab macam macam fikir, takut dia hantar barang tu kat rumah orang lain ke salah alamat, takut masa dia hantar tu tertidur ke, hhahahah

And finally barand tu dah dapat dah pukul 12.30 tadi, yahooo and hari ni hari ke 4 kite semua berpuasa, ada 26 hari lagi :) jangan tinggal puasa ye and rajin rajinlah pergi terawih :)

Bye and selamat berbukaaaa semuaaaa :)

Friday, 12 July 2013

Todays finance assigment was fun :)

Hellooooooo :)........

Hari ni update awal sikit sebab malas nak update lambat lambat bayak kerja lagi nak buat :p

Nak cerita pasal assingment finance hari ni sebenarnya, hihihihih..... Assignment hari ni dipangiil jumpy assignment, apa tu jumpy assigment? Mula mula kitaorang pon tak tau , lepas lecturer explain barulah tau apa tu jumpy assignment :)

Korang nak tau tak apa tu jumpy assignment? Nak tau tak? Nak tau tak? Okay, let me explain a little bit about what is jumpy assingment? Jjmpy assignment ni macam ni tau, kita duduk dalam group dua orang lepas tu lecturer bagi masa untuk kita tukar partner, kita lompat je lah dekat mana mana orang yang kita nak, tulah jumpy assignment, hahaha. Dah tau kan :)

Tapi sometimes a little bit awkward lah sebab kadang kadang dapat partner yang krik krik, hahahha. Tapi apa apa pon tetap fun jumpy assignment ni :) andnyou know what hari ni pergi class tak rasa mengantuk pin, hahahah. Agaknya sebab tak dengar lecturer mengajar selama 3 jam kot, hehehehhehe :p

Okay bye and assalamualaikum and selamat berbuka puasa semuaaaa :)

Thursday, 11 July 2013

Penat, laparrrr......

Hello everyone :)

 Today hari pertama pergi class dalam keadaan berpuasa, penatnyaaaaa tuhan je yang tau tau takkkk :/......penat dia memang lain macam lah, dengan bercampur segala macam rasa. Rasa letih, dahaga, lapar, mengantuk bila semua rasa ni bergabung memang rasa penattt gila lepas tu peninggg, hmmmm. Dahlqh class back 2 back dari pagi sampai petang, lepas tu dengar lecturer cakap selama 3 jammmm, hahahaa. Dalam hati ni cakap "cepatlah bila nak habis ni, nak balikkkkkkkk....." :p

Nasib baik lah lecturer memahami kitaorang semua yang penat ni sebab bulan puasa, hahahah. So lecturer pon kasi keluar awal, YAHOOOOOOOOO!!!!!!!!

Class dah habis balik naik train punyalah penuh oranggg, dahlah tak boleh duduk dalam train lama lama mula lah perut rasa lain macam dengan puasanya lagi, dengan trainnya yang penuh orang macam dalam tin sardin dah. Tapi tak pe lah dari naik kereta lagilah jam, kalau naik kereta dekat dekat puasa baru nak sampai rumah, kalau rumah dekat dengan campus tak pe ni 1 jam, pergi balik dah 2 jam :( tapi naik train pon tak pe biar lambat asal selamat and biar lambat asal tak penat kaki tekan brek dekat tengah tengah jam tu, hahahhaha :p kalau boleh nak semua lecturer kasi balik awal, hahahahahah. Kay byeeee :) xoxo

Wednesday, 10 July 2013

Puasa, yeayyyyy

Puasaaa, yeayhhhh, happpyyy.......

Hari ni fisrt day puasa and memang rasa happy eventhough sometimes ada rasa lapar, haus semualah. Tapi kena tahanlah semua dugaan tu :p

Puasa ni bukan tahan dari lapar dan dahaga je tau, tapiiiii...... Tahan dari semua benda lah, hahahahahah.....so rajin rajinlah puasa, jangan ponteng tauuu :p

Byee.....

Tuesday, 9 July 2013

First terawih 😀

Okay saya baru buat blog ni bukan atas sebab minat tapi atas sebab sebab yang tertentu 😜 first entry ni saya nak cerita pasal terawih 😃

Okay malam ni semua umat islam menunaikan terawih yang pertama sebab esok kan dah nak puasa. So semangat memang berkobar kobar lah nak perform terawih prayer ni, bukan  sebab nak jumpa kawan yeeee.... Tapi memang dah set niat nak tunaikan solat terwaih ni , hihihihi.......

So bagi yang beragama islam tu rajin rajinlah buat solat terawih ni walaupon dia tak wajib tapi set niat dalam hati cakap "puasa tahun ni aku nak solat terawih sampai habis sebab nak tingkatkan ibadat and amalan aku 😄........

And guyyssssss.......jangan lupa ye niat puasa, kalau tidak tak sah puasa 😜

Okaylah sampai sini je, esok saya update lagi kayyy 😘